it's about anything. too many to mention...

Monday, March 29, 2010

angelina jolie tertarik jadi ahli sihir jahat

semua orang pasti tahu dongeng klasik berjudul sleeping beauty. khabarnya, pengarah tim burton bakal mengangkat dongeng ini ke layar lebar, bukan sebagai animasi namun dalam format live action. mendengar berita itu, tak perlu waktu terlalu lama buat angelina jolie untuk mengatakan keinginannya untuk terlibat dalam projek ini.

menurut splash news, jolie memang pernah dihubungi disney untuk melakonkan maleficent, ahli sihir jahat, dan jolie nampaknya sangat tertarik pada tawaran ini. memang, setakat ini belum ada kontrak yang ditandatangani jolie namun melihat kosongnya jadual setelah beliau menyiapkan the tourist, boleh jadi jolie memang akan terlibat projek tim burton ini.

melihat reputasi tim burton yang suka mengusung tema2 suram, ada kemungkinan, kisah yang ditawarkan filem ini tak akan sama seperti dengan versi dongengnya. memang setakat ini projek ini masih berstatus rumor kerana sebelum ini jurucakap burton pernah mengatakan yang pengarah ini masih ingin beristirehat dulu sebelum kembali mengerjakan filem baru. dari sisi lain, angelina jolie pernah dirumorkan akan membintangi filem adaptasi dari novel karya patricia cornwell walau setakat ini belum ada berita lebih lanjut dari filem ini.

angelina jolie Pictures, Images and Photos

0 comments: