it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 23, 2010

bergaduh buat gigi terus bertahan


usia 16 tahun bagi anggota gigi tentu ada makna tersendiri. seperti dikatakan pemain bass gigi, thomas ramdhan, angka tersebut bukan angka yang sedikit. untuk mencapainya bukan pekerjaan mudah. perselisihan persepsi tidak sekali dua terjadi. bergaduh, boleh dikatakan adalah 'makanan kreatif' mereka sehari2 sejak dari formasi awal sampai terakhir. tapi kerana bergaduh itu pula armand, budjana, thomas dan handy mampu bertahan.

bahkan, hebatnya lagi, saat ini tiap anggota gigi ada aktiviti muzik di luar kumpulan. budjana dengan java jivenya, thomas dengan solitaire addict, handy bersama ligro dan armand memproduserkan kumpulan baru trisixty. tak terbayang bagaimana membahagi waktu.

boleh dikatakan, aktiviti mereka di luar gigi tak lain adalah sebahagian dari proses kreatif yang tak dapat dituangkan dalam kumpulan. mereka ada wadah yang membuang kebosanan. dan itu ternyata mengkayakan gigi juga.


0 comments: