it's about anything. too many to mention...

Monday, March 1, 2010

bertema mawar, hari jadi manohara habis rp20 juta


bibliotheque di sampoerna strategic square, jalan prof. dr, satrio semalam malam dipenuhi sebentar dengan bunga mawar yang berselerak di merata2. ya, semua dilakukan demi meraikan hari jadi manohara odelia pinot yang ke 18. diakui bondanya, deasy fajarina, tempat pilihan anaknya tersebut memang sangat nyaman dan selesa. baru pertama melihat, mano terus suka kerana ada bauan kayunya.

hari jadi itu memang dilihat mewah. dan pastinya memerlukan wang yang bukan sedikit.

untuk pesta mewahnya kali ini, manohara tidak mengundang ramai orang. maksima hanya 100 orang, itu juga orang2 terdekat sahaja. beliau juga menyumbang enam helai gaunnya sebagai amal untuk yayasan pesakit aids.

deasy menceritakan, sudah sejak subuh semalam beliau mengucapkan selamat kepada anak kesayangannya. beliau sempat ingin memberikan hadiah lukisan kepada mano, tapi sayang belum boleh diberikan kerana kesuntukan waktu. namun, apapun hadiah itu, doa seorang ibu mungkin lebih mujarab dari yang lain.


0 comments: