it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 17, 2010

cari suasana baru, kerispatih hargai suara sammy


pencarian vokalis baru pengganti sammy terus dilakukan kerispatih. setakat ini mereka sudah mendapat 100 orang untuk diujibakat menjadi vokalis mereka. dari jumlah 100 itu, bakal disaring lagi menjadi lapan besar pada 27 mac, yang diperkecil menjadi tiga pada 23 april, sehingga kemungkinan bulan april hingga mei, kumpulan yang dianggotai badai dan kawan2 ini boleh membuat album kerispatih versi repackage.

dikatakan badai, pencarian vokalis pengganti sammy yang masih menghadapi kes dadah ini memang lebih cepat dari yang dijadualkan pihak label. dan memang sebagai kumpulan profesional, kerispatih sengaja melakukan hal itu kerana mereka tetap ingin membuktikan kepada nagaswara bahawa kerispatih tetap terus berjalan walau ada masalah.

diakui badai dan kawan2, melekatnya karakter sammy di kalangan peminat tidak dielakkan. dan pergantian ini pastinya akan membawa perubahan pada peminat2 itu. namun, menghadapi apa yang akan terjadi nanti, badai mengharapkan sesuatu yang lebih dari yang pernah didapatkan kerispatih selama ini.


0 comments: