it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 24, 2010

david beckham bakal jadi hos konsert piala dunia

walau kemungkinan besar david beckham tak akan turut bermain dalam piala dunia tahun ini namun nampaknya beliau akan tetap berangkat ke afrika selatan. ada yang mengatakan bahawa beliau akan membantu pelatihnya sementara berita yang baru tersebar mengatakan yang beckham akan menjadi hos konsert pembukaan piala dunia nanti.

konsert kick-off celebration ini rancangannya akan diadakan 10 jun di suweto, johannesburg, tepat sehari sebelum perlawanan pertama piala dunia. akan ada banyak nama besar dalam dunia muzik yang akan turut ambil bahagian dalam acara ini termasuk alicia keys, black eyed peas dan shakira.

memang tidak ada kepastian yang beckham akan menjai hos namun penganjur acara ini mengatakan bahawa akan ada pemain dari england yang akan menjadi hos dalam acara ini.

walau tak menyebut nama beckham namun orang pasti sudah dapat meneka siapa selebriti dan pemain bola terkenal dari england yang tak akan bermain dalam piala dunia kali ini.

David Beckham Pictures, Images and Photos

0 comments: