it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 11, 2010

filem baru carey mulligan ditangguh lagi


status filem wall street : money never sleeps saat ini memang sudah memasuki masa post production dan tinggal menunggu jadual pelancaran saja. semula, filem ini disasarkan untuk tayangan pada 23 april namun nampaknya beberapa pertimbangan membuat filem terbaru yang dibintangi oleh carey mulligan ini harus ditangguh sampai bulan september nanti.

menurut berita yang dikeluarkan oleh splash news, ramai pemerhati meramalkan keputusan 20th century fox menangguhkan pelancaran wall street : money never sleep ini ada kaitannya dengan cannes film festival yang akan diadakan bermula 12 mei hingga 23 mei akan datang. wall street : money never sleeps adalah salah satu filem yang diundang festival filem ini dan boleh jadi kerana itulah fox tak ingin filem ini basi setelah sampai ke cannes nanti.

kerana pertimbangan ini, mahu tak mahu carey mulligan yang dalam filem ini berlakon sebagai winnie gekko, anak gordon gekko yang dilakonkan oleh michael douglas, harus rela menunggu hingga 24 september nanti. setakat ini memang belum ada pengesahan dari 20th century fox tentang alasan penangguhan ini.


0 comments: