it's about anything. too many to mention...

Monday, March 1, 2010

genap 18 tahun, manohara lelong 6 gaun


usia manohara odelia pinot kini menginjak 18 tahun. walaupun melalui usia 17 dengan kurang manis, beliau mengaku mendapat banyak pengajaran berharga agar boleh melalui hari2nya kelak. dan tahun ini, manohara tidak sekadar meraikan hari jadinya dengan berpesta. beliau merelakan 6 gaun miliknya untuk dilelong, termasuk rekaan pereka arantxa adi.

ditemui di bibliotheque, sampoerna strategic square, jalan prof. dr. satrio, jakarta, semalam, mano yang mengenakan gaun backless warna hitam, mengatakan bahawa beliau tidak banyak mengundang orang di hari jadinya. paling tidak hanya orang2 terdekat yang jumlahnya maksima 100 orang.

pemilihan tempat juga terburu2. dan dalam kesempatan ini manohara menafikan sedang rapat dengan anak pemilik sampoerna.

ditanya mengenai suaminya, muhammad fakhry yang kebelakangan ini dikhabarkan telah diusir dari negerinya sendiri lantaran dianggap memalukan keluarga, mano tak mahu mengulasnya.


0 comments: