it's about anything. too many to mention...

Monday, March 22, 2010

hacker 'insaf', akaun twitter dan fb wulan dikembalikan


setelah pernah kelabakan gara2 beberapa akaunnya di beberapa laman web sosial, seperti twitter, facebook dan emel yahoo!, dihack aka diceroboh oleh pihak yang tak bertanggungjawab, kini wulan guritno mungkin dapat sedikit bernafas lega. ini kerana, hacker akaun @wu14n di twitter, yang sebenarnya adalah miliknya, melakukan hubungan dengan twitter dm.

entah apa maksuh hacker di balik 'niat baik'nya memberitahu password baru akaun twitter tersebut ke salah seorang teman wulan. dengan demikian, saat ini wulan telah mendapat akaunnya tersebut. tak hanya itu, isteri adilla dimitri itu juga kemudian berjaya mendapat akaun facebooknya, atas 'kebaikan hati' hacker itu.

lalu bagaimana dengan akaun yahoo! milik wulan? hingga berita ini dikeluarkan, artis berwajah cantik yang kini sedang mengandung lima bulan tersebut masih belum mendapat 'berita baik' tentang hal itu.

sementara itu, kapanlagi.com telah menghubungi yahoo! untuk meminta bantuan pontus sonnerstedt, pengarah yahoo! indonesia, agar bersedia membantu mengembalikan password emel yahoo! milik wulan guritno. permohonan yang sama juga dilayangkan secara rasmi ke pihak twitter, untuk merecovery password akaun milik wulan.

wulan sangat berharap bahawa peminatnya, teman2 atau pun follower di beberapa akaunnya tersebut tak mengendahkan segala bentuk maklumat di dalamnya, untuk sementara waktu ini hingga ada pengesahan lebih lanjut darinya.

wulan juga masih belum memberikan pengesahan tentang apakah dirinya akan tetap mempertahankan kedua2 akaun tersebut di masa yang akan datang. jadi, bagi semua friend mahupun follower wulan, diharap dengan bersabar dengan menantikan kenyataan rasmi wulan itu.


0 comments: