it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 17, 2010

kerispatih cari vokalis yang mahu berjuang


sampai detik ini, kerispatih memang belum memiliki vokalis pengganti sammy yang dipecat lantaran berurusan dengan dadah. namun, mereka yang tinggal - badai, anton, arief dan andika - tetap mempertahankan kumpulan yang sudah ada nama di belantika muzik indonesia ini. pencarian vokalis pengganti juga dilakukan melalui ujibakat.

dari catatan kerispatih, ujibakat memang sengaja dihadkan dengan 100 orang peserta. seboleh mungkin pada 27 mac sudah mendapat lapan top, 23 april mendapat 3 top, hingga akhirnya boleh segera melancarkan album repackage. sedangkan untuk peserta ujibakat, kerispatih tidak menutup kemungkinan untuk bekas penyanyi kumpulan lain.

ditanya mengenai kehadiran judika, penyanyi kelahiran indonesia idol yang sudah beberapa kali tampil bersama kerispatih, badai menjelaskan bahawa judika bukanlah orang yang sudah dibentuk menjadi vokalis kumpulan yang ditubuhkan di jakarta pada 21 april 2003 lalu.


0 comments: