it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 10, 2010

makam michael jackson tak lagi dijaga eksklusif

makam mendiang raja pop michael jackson kini tidak terjaga lagi. kawasan perkuburan yang selama ini dikawal secara eksklusif tersebut sudah tidak mendapat keistimewaan lagi, lapor radaronline yang dikutip splash news.

sebulan lalu, keluarga jackson menempatkan pengawal peribadi mereka untuk memerhatikan kubur michael yang terdapat di forest lawn. mereka mengatu pengawal keselamatan forest lawn untuk mengawal kawasan makam michael selama 12 jam sehari.

namun sayangnya, forest lawn memorial park memutuskan untuk menghentikan langkah keluarga jackson tersebut. makam itu kini tidak berjaga lagi secara eksklusif. tubuh michael kini terbaring di bahagian holly terrace di great mausoleum.

tempat itu hanya dihadkan untuk dikunjungi 12 hingga 15 orang sahaja. sementara orang lain yang ingin berdoa dan memberikan penghormatan kepada legendanya tidak boleh melalui pengehad kawasan perkuburan di pejabat utama glendale.

michael jackson mati secara tiba2 pada pertengahan 2009 lalu. beliau dilaporkan mengalami kegagalan jantung dan keracunan ubat2an medikal. kematiannya pernah diberitakan merupakan kes pembunuhan, dan doktor peribadinya, conrad murray, didapati bersalah dan menjalani hukumannya.

Michael Jackson Pictures, Images and Photos

0 comments: