it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 9, 2010

mulan jameela tak ingin lupa kudrat perempuan


hari perempuan antarabangsa diraikan pada 8 mac setiap tahun. ini adalah sebuah hari besar yang diraikan di seluruh dunia untuk memperingati kejayaan kaum perempuan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

di indonesia sudah pesat sekali kemajuannya; kerana indonesia sudah menyamaratakan persamaan hak antara lelaki dan perempuan. artis mulan jameela mempunyai pemikiran sendiri mengenai makna hari perempuan ini.

artis yang namanya meletup ketika bergabung dengan ratu bulan april 2005 lalu ini masih memiliki sifat ketimuran yang kental. ini kerana, mulan tetap mengingatkan kepada kaum hawa untuk tetap berada di bawah suami.

mengenai penganiayaan yang terjadi pada kaum hawa, bukan hanya di indonesia, tapi seluruh dunia. mulan sebagai seorang perempuan yang bekerja dan single parent ini merasa prihatin terhadap mereka yang selalu dijadikan objek derita ini.


0 comments: