it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 11, 2010

opick lancarkan 'di bawah langit'


bertempat di salah satu sudut sky dinning plaza semanggi, aunur rofiq lil firdaus atau lebih dikenali sebagai opick - penyanyi dan pencipta lagu keagamaan, untuk pertama kalinya melancarkan filem berjudul di bawah langit.

opick bertindak sebagai pengarah, produser, penulis skrip, pengarah muzik sekaligus pelakon utama. filem ini juga dibintangi oleh didi petet, agus kuncoro dan inneke koesherawati.

dalam filem ini, opick berlakon sebagai gelung, seorang yang dianggap gila oleh masyarakat tapi sebenarnya tidak gila malah masyarakatnya yang gila. gelung, seorang yang patah hati kepada cinta dunia kemudian memencilkan diri dan berusaha mendekatkan diri pada Tuhan.

menurut penyanyi tombo ati ini, filem di bawah langit dapat dikatakan filem keagamaan tapi boleh juga bukan keagamaan, kerana filem ini hanya potret masyarakat yang menceritakan bagaimana kepatuhan anak perempuan kepada orang tuanya, potret masyarakat miskin yang mahu memelihara anak yatim piatu menjadi anaknya padahal itu tanggungjawab kerajaan, potret keperluan masyarakat pada ulama.


0 comments: