it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 18, 2010

pasha ungu masih berharap boleh bebas


hari ini, pasha ungu bakal berdebar. bukan kerana menghadapi konsert besar, melainkan menghadapi perbicaraan keputusan atas kes penganiayaan terhadap bekas isterinya, okie agustina, pasha yang ditemui di studio rcti, jakarta, malam semalam, mengaku sedia dengan risiko apa pun. beliau tidak ingin berandaian, tapi beliau berharap yang terbaik saja.

perbicaraan yang cukup lama, dilihat pasha sebagai proses bersama. semua yang perlu diungkapkan sudah diutarakan, keputusan jaksa juga sudah ada, dan tinggal mendengar apa keputusan final dari hakim.

ditanya mengenai hukuman selama setahun 5 bulan penjara - jika diputuskan bersalah, pasha tidak berani berfikiran jauh. apalagi bila berbicara mengenai pengganti vokalis ungu.

ayah anak tiga ini mengaku, beliau masih menjalankan komunikasi dengan okie, tentang anak. beliau juga berdoa agar mendapat yang terbaik untuk mereka semua. berdoa dan beribadah adalah hal wajib.


0 comments: