it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 18, 2010

sherina - triawan munaf, like father like daughter


jika disebut nama sherina, yang terlintas di benak kita adalah seorang yang tak hanya ada suara merdu, tapi juga smart. seperti diketahui, sherina telah merintis kariernya sejak usianya masih 9 tahun. di saat kanak2 seusianya hanya sibuk bermain dan bersekolah, sherina sudah mengenal nama tanggungjawab.

sinna sherina munaf pertama kali muncul melalui single andai aku besar nanti. pencapaian nada2 tinggi yang dilakukan cukup membuat kaget orang2 yang mendengarnya pertama kali. tak hanya itu, penampilan perdana sebagai bintang lakonan dalam petualangan sherina juga menuai pujian. bahkan produsernya, mira lesmana pernah memuji sherina sebagai anak yang cerdas.

tapi segala macam pujian tak membuat sherina lupa diri, bahkan dalam usianya yang masih belia, beliau sudah tahu apa tujuan hidupnya. beliau ingin menjadi pemuzik yang berkecimpung dalam bidang soundtrack filem, bukannya menjadi seorang selebriti.

saat berada di atas pentas, sherina tak hanya menyanyi. beliau mempamerkan kemampuan bermain piano, dan juga menari balletnya. bahkan beliau juga akhirnya boleh mengubah lagu, sebut saja ku bahagia yang menjadi soundtrack filem fenomena laskar pelangi. benar2 artis multi talent!

bakat dan cita2 yang dimiliki sherina tak lepas dari keturunan ayahnya, triawan munaf. dalam tahun 1980an, bersama kumpulan giant step, triawan bermuzik di aliran progresif rock. salah satu lagu ciptaannya adalah geregetan, yang akhirnya dinyanyikan semula sherina dengan susunan baru. walau tak lagi berada di depan pentas, kini ayahnya masih berkecimpung dalam dunia muzik. seperti yang dilihat di perayaan ulang tahun anang hermansyah di kawasan radio dalam, semalam yang juga dihadiri oleh founder kapanlagi.com, steve. triawan bersama pemuzik anang hermansyah dan iman sastrosaptono, merupakan pemilik importmusik.com, di mana nama importmusik adalah pilihan triawan.

tak cuma popular di pentas muzik dan filem, nama sherina juga sangat popular di laman web sosial, twitter, melalu akaun : sherinamunaf. dengan jumlah follower yang mencapai lebih dari 200, 000, salah satu orang indonesia yang ramai followernya. melalui twitter ini, membuat sherina lebih dekat dengan peminat2nya. kerana beliau dapat terus mengabarkan kepada peminat2nya tentang kegiatannya dan isi fikirannya.




0 comments: