it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 3, 2010

ulang tahun ke 7, d masiv diberi kejutan peminat


3 mac 2003 lalu berdirilah kumpulan yang diberi nama d masiv. seiring perjalanan waktu, kumpulan yang dianggotai ryan dan rakan2 itu kian melebarkan sayap. mereka tetap wujud di tengah banyak pemuzik baru. dan tepat hari ini juga, d masiv meraikan ulang tahun mereka yang ke 7. bagi mereka angka 7 merupakan bentuk titik tolak. selama d masiv berdiri, ryan dan kawan2 merasa bersyukur atas nikmat yang telah diraih mereka.

di ulang tahunnya kali ini, d masiv mendapat kejutan istimewa dari masiver. saat tampil di dahsyat, studio rcti, kebon jeruk, jakarta barat, hari ini, mereka didatangi orang2 terdekatnya dan juga restu - salah satu kumpulan yang cacat fizikal. d masiv juga merasa sangat terharu kerana perhatian peminat2 begitu besar kepada mereka.

ryan juga mengatakan, lagu jangan menyerah yang video klipnya meraih video klip terdahsyat di dahsyatnya awards 2010 beberapa waktu lalu, memiliki makna yang sangat dalam. dan walau dicipta dalam waktu singkat, lagu itu begitu berkesan.


0 comments: