it's about anything. too many to mention...

Monday, March 29, 2010

yuni shara : krisdayanti ada pilihan hidup sendiri


bagi yuni shara, hal buruk dan baik semua ada waktunya. kebenaran akan terbuka dengan sendirinya. setidaknya itulah yang kini berlaku saat beliau menerima saman dari seorang wanita bernama shechah salem sagran aka ata, yang mengaku masih isteri raul lemos - lelaki yang kini rapat dengan krisdayanti. yuni mengaku cukup santai menghadapi masalah ini. namun beliau meminta kepada wartawan agar tidak terlalu menghakimi adiknya.

ditemui di bandara soekarno hatta, terminal f, petang semalam, yuni yang disaman pada akhir pekan kelmarin mengaku hanya santai menghadapi hal ini. beliau juga tidak akan memilih aliran undang2 yang akhirnya bakal memanjangkan masalah. semua diserahkan kepada peguamnya, minola sembayang.

yuni juga mengaku tidak akan melindungi adiknya secara mati2an. beliau hanya ingin mewakili keluarga untuk minta maaf, apabila apa yang dikatakan ata, bahawa raul - lelaki yang dikenali yuni sejak 2 bulan lalu itu, masih berstatus suaminya adalah benar.


0 comments: