it's about anything. too many to mention...

Friday, April 30, 2010

ian kasela dan moldy nafi perpecahan kerana royalti


sebelum ini diberitakan, perpecahan dalam badan kumpulan radja, hingga mundurnya seno dan indra diisukan kerana pembahagian royalti yang tidak adil. namun berita itu sepenuhnya dianggap tidak benar oleh ian kasela dan moldy yang kini masih mengendalikan kumpulan dibentuk 17 mac 2001 itu.

tentang royalti, moldy berharap semua pihak boleh memahami peraturan di dalam radja sehingga tidak timbul banyak spekulasi. semua ditentukan berdasarkan peraturan sejak awal bergabung dengan radja.

sebagai sahabat yang sudah sekian waktu bersama, baik ian mahupun moldy tidak menempik adanya rasa kehilangan. layaknya orang bercinta, menurut moldy, mudah saja memutuskan hubungan. namun yang ditinggalkan tentu merasa lebih sakit.


0 comments: