it's about anything. too many to mention...

Tuesday, April 20, 2010

lindsay lohan terbelit hutang kad kredit

kehidupan peribadi dan karier lindsay lohan kini berada di hujung tanduk. bekas bintang kanak2 ini khabarnya terbelit hutang. kebiasaan berbelanja di luar kawalan membuat lohan kini berhutang us$600, 000.

lohan yang pendapatannya menurun tak dapat menghentikan kebiasaan berbelanjanya hingga penggunaan kad kreditnya bertambah. sejak filem terbarunya labour pains, yang kini dilancarkan dalam dvd, lohan belum menandatangani kontrak filem baru. namun dengan kewangannya yang seret itu pelakon berusia 23 tahun ini tidak juga menghentikan kebiasaannya berfoya2.

sebuah sumber yang dikutip radaronline.com mengatakan yang pelakon ini berhutang us$600, 000 dan satu dari kad kreditnya sudah tidak boleh digunakan lagi minggu lalu. sumber ini juga mengatakan yang kad kredit yang lain tinggal menunggu waktu.

sejak tidak mendapat tawaran berlakon filem, lohan mendapat pendapatan dari tawaran menghadiri pesta dan night club. namun sejak pelbagai masalah membelitnya tawaran di pesta peribadi dan kelab juga mula surut. untuk kehadirannya di acara peribadi lohan mendapat bayaran sekitar us$5, 000 - us$ 10, 000.

beberapa waktu lalu, bintang mean girls juga dikhabarkan diusir dari apartmentnya di LA lantaran tidak sanggup membayar dan sudah tertunggak dua bulan. jika hutang kad kreditnya tak berbayar, dapat dipastikan pelakon ini akan mendapat masalah undang2. syarikat kad kredit sudah membincangkan peraturan pembayaran ansuran untuk lohan tapi kalau pelakon ini tidak ada pendapatan untuk membayar, syarikat akan mengajukan saman.

Lindsay Lohan Fall Collection For 6126 Pictures, Images and Photos

0 comments: