it's about anything. too many to mention...

Monday, April 26, 2010

lydia kandou sempat memberi penghormatan terakhir


pelbagai kenangan indah bersama mendiang bondanya yang menutup usia pada jumaat lalu masih melekat jelas di ingatan lydia kandou. menurutnya, wanita kelahiran 1 september 1939 bernama maria jacona petronella kandou itu merupakan seorang yang patut dibanggakan. seorang ibu dan juga pengurus yang banyak memberikan pelajaran hidup.

ditemui selepas upacara pemakaman di tpu tanah kusir, jakarta selatan, semalam, bintang filem perawan rimba ini juga mengakui, bondanya yang dipanggil mami tersebut telah memberikan pesan terakhir sebelum menutup mata dalam usia 71 tahun. selain masalah kesihatan, banyak pelajaran bermanfaat dari maria.

sementara itu, anak tercintanya, nana mirdad mengatakan bahawa dirinya merasa sangat kehilangan seorang nenek yang juga dipanggilnya dengan sebutan mami itu.


0 comments: