it's about anything. too many to mention...

Thursday, April 1, 2010

mas kahwin nia ramadhani hanya rp2.015


proses pernikahan artis nia ramadhani yang disunting anak usahawan aburizal bakrie, ardie bakrie berjalan secara lancar. lafaz ijab kabul berlangsung sekali jalan, dan disahkan oleh dua orang saksi, iaitu presiden susilo bambang yudhoyono dan bekas menteri luar negara alwi shihab. walau menikah dengan anak usahawan kaya, nia hanya menerima mas kahwin dalam bentuk wang tunai sebanyak rp2, 015.00 ditambah dengan sebekas alat solat. akad nikahnya dipimpin oleh kepala pejabat urusan agama tanah abang, jakarta, syahroni, s.ag. kini nia telah sah menjadi isteri ardie bakrie dengan ditandakan penyerahan mas kahwin tersebut. ardie juga dilihat memberi ciuman bertubi2 pada isterinya, yang diikuti senyuman para hadirin yang datang, termasuk presiden yang turut menahan senyuman. lafaz akad nikah berlangsung di ruang grand ballroom, hotel mulia, jakarta tadi sekitar pukul 2.40 petang, dengan disaksikan oleh para tetamu penting dan orang2 tinggi negara. nampak juga wakil presiden boediono dan ketua dpp parti demokrat anas urbaningrum, yang duduk bersebelahan dengan akbar tandjung.



0 comments: