it's about anything. too many to mention...

Sunday, April 4, 2010

prihatin, tukul arwana cipta lagu kanak2


tukul riyanto aka tukul arwana ada kenangan tentang lagu kanak2. 'pada hari minggu ku turut ayah ke kota, naik delman istimewa ku duduk di muka', sebahagian bait lagu dinyanyikan hos acara bukan empat mata ini di jakarta beberapa hari lalu.

lelaki dari semarang, jawa tengah, itu layak mengenang lagu kanak2 kerana akan membawakan acara pelancaran album rakaman bintang imut volume 1 hasil kolaborasi yayasan cita abdi bangsa dan shine enterprise.

album lagu itu berisi 10 buah lagu, dinyanyikan kanak2 dari bali umur 3 hingga 10 tahun. temanya juga macam2, mula dari belajar membaca hingga ingin menjadi pilot dan rasa syukur pada orang tua. puluhan wartawan dari pelbagai media massa juga hadir untuk meliputi pelancaran album ini.

menurut tukul, kanak2 haruslah tetap menjadi kanak2, tak usah dipaksa menjadi bintang dengan mengorbankan masa kecil mereka. agaknya itu juga yang mendorong tukul untuk mencipta sendiri lagu untuk kanak2.

iramanya sedikit reggae namun syairnya mudah dinyanyikan dan sangat sederhana.

tukul mengaku mendapat idea mencipta lagu kanak2 sendiri itu dari pengamatannya atas kenyataan banyak lagu kanak2 tidak sesuai dengan keperluan jiwa kanak2.


0 comments: