it's about anything. too many to mention...

Thursday, April 1, 2010

proses adat sunda ala nia - ardie


ritual adat sunda iaitu ngeyereuk seureuh atau kegiatan menyatukan keluarga yang bukan keluarganya dalam ikatan perkahwinan, diikuti artis nia ramadhani sebagai sebahagian dalam rangkaian proses perkahwinannya dengan ardie bakrie. dalam proses tersebut, nia memakai baju kebaya coklat keemasan, sementara ardie memakai baju adat lampung berwarna hitam.

pada kesempatan pertama, orang tua nia, yang diwakili papanya, priya, memotong tali nganten yang berbentuk bulat berwarna putih. sambil memegang tali ngaten, dia duduk berhadapan di depan kedua2 orang tuanya, meminta maaf dan memohon izin untuk dikahwinkan dengan ardie hari ini.

begitu juga sebaliknya, ardie memohon maaf kepada ayahanda dan memegang tali nganten yang dipotong oleh kedua2 orang tuanya. setelah proses itu, dilanjutkan dengan berebut melipat kain putih, terus dibawa lari oleh kedua2 bakal pengantin. kemudian ardie dan nia melemparkan makanan kepada tetamu.

setelah proses tersebut, acara jugleg - menumbuk di dalam mutu. nia dan ardie sempat cuba menumbuk di dalam mutu namun tidak sesuai, lalu mereka diajar acara mengulek dalam mutu oleh kakak nia. seakan tak mau kalah keluarga nia, keluarga ardie juga menunjukkan cara menumbuk di dalam mutu yang diperagakan oleh ayah ardie, aburizal bakrie.

setelah itu dilanjutkan acara saweran iaitu berebut wang di bawah tikar dan terus dilemparkan kepada tetamu yang hadir. selanjutnya ditutup dengan doa dari ustaz fikiri toriq.


0 comments: