it's about anything. too many to mention...

Thursday, April 8, 2010

ruth sahanaya bosan ditanya bubarnya di3va


ditanya berkali2 tentang gossip pembubaran di3va, ruth sahanaya jadi bosan juga. beliau mengaku sangat bosan ditanya mengenai hal tersebut. ini kerana, berkali2 juga beliau harus menjelaskan bahawa kumpulan yang dianggotainya bersama krisdayanti dan titi dj itu masih tetap ada dan tidak bubar sama sekali. diakui ruth, mereka kini memang jarang bersama, tapi itu lantaran ada kesibukan masing2.

ditemui di balai sarbini, jakarta selatan, semalam, penyanyi yang mesra dipanggil uthe ini menjelaskan bahawa saat ini di3va hanya sedang menunggu diajak tampil bersama. dan bila pun itu mereka sedia. hubungan yang terjalin juga masih baik2 saja. komunikasi tetap berjalan seperti biasa.

uthe juga menjelaskan bahawa masalah peribadi yang dialami krisdayanti tidak terpengaruh dengan kewujudan di3va. hal yang bersifat peribadi tidak dianggap mengganggu kumpulan mereka. namun uthe menganggap wajar saja jika ada orang yang memiliki persepsi yang di3va bubar lantaran mereka jarang show lagi.


0 comments: