it's about anything. too many to mention...

Thursday, April 22, 2010

sammy dituntut jaksa dua pasal


sidang kes dadah yang menyeret nama hendra samuel simorangkir atau yang lebih dikenali dengan nama sammy kerispatih mula diadakan di pengadilan negeri jakarta pusat, hari ini. agenda pertama ini adalah pembacaan dakwaan oleh jaksa madya kejari jakarta pusat, a.r yamin dengan surat dakwaan sebanyak 4 halaman.

dalam surat dakwaan yang dibacakan di depan sammy tersebut, jaksa menyebutkan bahawa sammy dianggap bersalah kerana memiliki plastik putih bening berisi kristal putih seberat 0.3366 gram. beliau diketahui telah membeli satu paket syabu berharga rp850, 000 dari neni susanti atau boy - yang dibicarakan secara terpisah, di depan toko roti holland bakery di jalan hayam wuruk, untuk digunakan sendiri. bukan hanya itu, dari dalam almari pakaian juga ditemui satu alat hisap.

yamin menambah, dari hasil pemeriksaan makmal pada 3 februari 2010, mengesahkan bahawa isi plastik putih tersebut berisi methamphetamine dan didaftar dalam golongan I. didakwa dalam hal ini sammy, memiliki dan menyimpan dadah tanpa ada izin.

selain itu, tambah yamin, dari bukti yang dikeluarkan rscm pada 10 mac 2010, dr. mun'im idris mengatakan bahawa hasil ujian air kencing sammy positif menggunakan dadah. atas perlanggaran itu, sammy dikenakan dakwaan kedua berdasarkan pasal 127 ayat 1 uu ri no. 35 tahun 2009 tentang dadah.

untuk sementara ini, sidang masih ditunda hingga minggu depan, tepatnya 29 april akan datang dengan agenda pembacaan eksepsi. sammy yang hadir di sidang tersebut bersikap tenang menghadapi tuntutan hakim. yang pasti beliau sangat menyesal telah berbuat salah dengan mengambil dadah.


0 comments: