it's about anything. too many to mention...

Monday, April 26, 2010

tak mahu dikatakan comel, hayden panettiere tukar gaya rambut

mungkin kerana tinggi badannya hanya 160cm orang sering menyebut hayden panettiere comel. boleh jadi kerana tak tahan lagi disebut comel bintang yang namanya melambung kerana siri heroes ini memotong pendek rambutnya. hasilnya, hayden memang dilihat sangat berbeza dengan penampilan biasanya.

menurut splash news, hayden panettiere dilihat dengan gaya rambut baru ini saat beliau menghadiri acara global home tree earth day yang diadakan di nokia theater, los angeles, khamis lalu. dengan rambut pendeknya, pelakon cantik ini juga dilihat lebih boyish plus memang dilihat sedikit dewasa walau kesan comel nampaknya tetap tak boleh hilang.

dalam berita yang sama juga disebutkan yang hayden datang bersama wladimir klitschko, kekasihnya, yang bekerjaya sebagai peninju. bila dibandingkan dengan kekasihnya yang memiliki tinggi badan sekitar 2 meter, hayden panettiere memang masih dilihat comel. jadi nampaknya usaha hayden menghilangkan kesan comel ini tak boleh dikatakan berjaya.

H Panettiere Pictures, Images and Photos

0 comments: