it's about anything. too many to mention...

Thursday, April 8, 2010

tanggapan twitter iseng, nirina 'stay positive'


laman web sosial memang banyak manfaatnya. sebut saja facebook dan twitter yang banyak dipenuhi oleh seluruh lapisan masyarakat. bagi sebahagian orang, laman tersebut boleh menjadi tempat berkenalan, menjalin hubungan atau yang lain. dan bagi selebriti, boleh juga untuk menjalin hubungan dengan peminat2 atau sebagai tempat promosi dan kerjasama. namun sayangnya, ada beberapa orang yang kurang bijaksana yang justeru memanfaatkan laman2 tersebut dengan tidak baik. menjawab hal itu, nirina zubir yang pernah kena impak negatifnya turut memberi komen.

melalui chat dengan wartawan kapanlagi.com, nirina yang pernah 'dimaki' salah seorang yang tidak bertanggungjawab dalam twitternya, berusaha mengajak pengguna lebih bijaksana jika mengirimkan tweet kepada orang lain.

nirina mengatakan bahawa ketegasan yang diambil olehnya bukan kerana dendam atau pun kepentingan peribadi. beliau hanya mahu tweeps boleh bertanggungjawab kepada apa yang ditulis mereka. dan mengenai reaksi keras dari suaminya, ernest cokelat, ibu anak satu ini mengatakan bahawa itu adalah naluri untuk melindungi keluarga. bukan berlagak sebagai selebriti.

bagi nirina dan ernest, masih banyak hal yang boleh dilakukan dengan memanfaatkan laman web sosial. dan daripada melakukan masalah yang tidak jelas, lebih baik berkarya dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.


0 comments: