Beberapa wartawan juga menantinya. Hingga pukul 12.00 tengahari, Ariel tidak kelihatan juga. Padahal waktu sudah menunjukkan saatnya solat Jumaat. Dari pantauan wartawan yang mengikuti solat siang ini di Masjid Mabes Polri, Ariel tidak dilihat menjalankan ibadah.
Dan ketika berbincang dengan peguam Ariel dan Luna, Aga Khan, menjelaskan bahawa pemeriksaan atas anak guamnya masih ditunda kerana waktu istirahat. Luna dan Ariel masih berada di Gedung Bareskrim Mabes Polri.
Dikatakan Aga, Ariel memang sedang beristirahat di dalam Gedung Bareskrim. Namun, ketika ditanya mengenai ibadah solat Jumaat, apakah anak guamnya juga ikut serta atau tidak, Aga enggan menjawabnya.


0 comments:
Post a Comment