Dian yang terkenal melalui filem ADA APA DENGAN CINTA ini berkesempatan menjadi juri dalam pertandingan kecantikan bertajuk Journey to Beauty with Natur-E. Beliau terlibat roadshow ke-4 kota besar, iaitu Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Medan, Makassar dan puncaknya di lapangan D Senayan, Jakarta Pusat, Ahad lepas. Dirinya harus memilih 10 wanita cantik di enam kota besar tersebut.
Ketika ditemui di Lapangan D Senayan, Dian bercerita tentang perjalanannya dari Makassar, Sulawesi Selatan. Dirinya mengaku takjub dengan perempuan Makassar, peserta pertandingan dalam merawat kecantikan. Bahkan ada yang masih muda belia tapi sudah pandai merawat wajah dengan baik.


0 comments:
Post a Comment