it's about anything. too many to mention...

Wednesday, June 30, 2010

luna maya diperiksa lagi


Setelah sebelum ini dikhabarkan sudah menjalani pemeriksaan fizikal pada Isnin kelmarin, artis cantik Luna Maya kembali ke Mabes Polri pada semalam. Bekas bintang iklan salah satu produk sabun kecantikan itu dijadualkan untuk menjalani pemeriksaan.

Pemeriksaan ini dilakukan kerana belum ada yang selesai dengan kes yang dialami Luna dan Ariel, serta Cut Tari atas dugaan penglibatan dalam tiga video porno yang meresahkan dalam masyarakat kebelakangan ini.

Sebelum ini, Luna memang pernah datang ke Mabes Polri pada Isnin. Menurut keterangan dari peguamnya, beliau tidak menjalani pemeriksaan dan hanya ingin melawat kekasihnya, Ariel, yang kini ditahan pihak polis.

0 comments: