Setelah menjalani pemeriksaan selama 11 jam, artis Luna Maya akhirnya meninggalkan Mabes Polri dengan kawalan super ketat, Jumaat malam. Kepulangan Luna ini sayangnya tanpa didampingi oleh kekasihnya Ariel Peterpan.
bekas kekasih Fachri Albar itu keluar dari ruangan Bareskrim Mabes Polri melalui pintu belakang. Luna yang memakai baju cokelat meninggalkan Mabes Polri dengan menumpang kereta Nissan X-Trail silver bernombor polis B 889 ZM.
Sementara itu, kekasih Luna, Ariel sempat akan meninggalkan Bareskrim Mabes Polri sekitar setengah jam kemudian. Namun, kerana ramai wartawan yang menunggu, Ariel tidak jadi meninggalkan Mabes Polri kerana sempat dicegat puluhan wartawan.
Ariel yang dilihat dengan baju putih dengan seluar jeansnya dilihat dikawal oleh beberapa pengurusnya. Ariel juga berusaha keluar melalui pintu belakang namun di sana juga ramai wartawan yang memburunya. Sampai akhirnya wartawan berupaya mengejar Ariel dan vokalis itu terus naik ke tingkat 2. Sampai berita ini diturunkan, Ariel masih gagal pulang.


0 comments:
Post a Comment