Walaupun tidak merasa terlalu berdebar2 menyambut saat2 kelahiran buah hati keduanya, namun rasa sakit pasti kadang terasa di perut Wulan Guritno. Kerananya, untuk mengalihkan rasa sakit itu, Wulan pun memutuskan untuk membeli sebuah majalah di kedai buku di Rumah Sakit Pondok Indah.
Wulan sendiri sudah mula masuk ke hospital sejak Selasa kerana doktor menyebut yang Wulan akan melahirkan hari ini. Namun sampai sekarang Wulan mengaku belum ada tanda-tanda akan melahirkan kerana perutnya hanya terasa sedikit mulas2.
Kelmarin malam juga Wulan masih sempat menemani suaminya, Adilla Dimitri, menonton perlawanan Piala Dunia antara Uruguay dan Belanda.
Namun begitu, sebenarnya Wulan sudah tidak menyebelahi siapa-siapa dalam perlawanan antarabangsa tersebut. Ini kerana, kumpulan bola sepak England sudah pulang beberapa waktu lalu.
0 comments:
Post a Comment