it's about anything. too many to mention...

Tuesday, July 20, 2010

aming alah bh?


Sekali lagi lakonan comedian berbakat, Aming, diuji dengan melakonkan watak yang 'tidak biasa'. Filem terbaru Aming berjudul MADAM X yang akan segera dilancar dan ditayangkan di pawagam Indonesia pada September-Oktober akan datang semakin memperkuat bakat lakonan lelaki yang pernah menjadi mahasiswa ITB ini.

Ditemui di sela-sela penggambaran penggarapan video klip soundtrack filem yang sama semalam, Aming mengungkapkan kesukaran yang dihadapinya dalam melakonkan Madam X, yang merupakan pasangan Kingki Amalia yang dilakonkan Shanty, yang lebih popular sebagai penyanyi.

Selain kostum yang unik, Aming juga mengungkapkan kesukaran lain yang harus dihadapi, kerana sekali lagi harus berlakon sebagai pondan. Dia juga mengaku kesukaran menerangkan pada orang tuanya, tentang watak barunya ini.

Wig dan kostum yang 'menyeksa' Aming ini adalah kostum yang harus dikenakannya ketika membintangi Madam X dalam adegan pertandingan tinju dan pertandingan dance dalam video klip lagu yang berjudul Tinju tersebut. Aming juga merupakan salah seorang pemberi idea pada proses film MADAM X ini, yang didapat Aming dari beberapa khayalannya.

0 comments: