Bercakap tentang ciuman ini, menariknya justeru dilakukan oleh bekas pasangan dengan pasangan barunya masing-masing. Seperti yang terjadi pada Krisdayanti - Raul Lemos serta Anang Hermansyah - Syahrini.
Seperti diketahui, Anang kerap mengumbar kemesraan dengan pasangan duetnya, Syahrini. Bagi Anang itu merupakan ucapan terima kasih untuk Syahrini kerana menerima tawaran duetnya. Ciuman itu pertama kali di depan umum saat kedua2nya tampil di acara Dahsyatnya Awards pada 27 Januari lalu di Jitec Mangga Dua Square, Jakarta.
Sementara itu, seolah sengaja ingin mempamerkan kemesraan atas hubungannya dengan Raul, Krisdayanti juga tidak segan menciumi kekasihnya kala mengadakan sidang akhbar di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, semalam.
Awalnya Raul membahas berita dirinya di sebuah tabloid hiburan. Raul cukup emosi. Melihat kekasihnya mula naik pitam, KD dengan senyuman manisnya melayangkan ciuman mesra ke bibir Raul setelah sesaat mencubit pipi lelaki berbadan sasa tersebut.


0 comments:
Post a Comment