it's about anything. too many to mention...

Tuesday, July 20, 2010

angelina jolie bertaruh bertemu 'agent 90-60-90'


Berlakon dalam filem lawan yang melibatkan adegan tembak-tembakan sebenarnya bukan barang baru buat Angelina Jolie yang terakhir berlakon dalam filem SALT. Namun nampaknya filem yang satu ini benar-benar berkesan buat Angelina, buktinya beliau sampai meminta untuk dapat bertemu terus dengan seorang mata-mata Rusia saat premiere SALT di Rusia nanti.

Tentu saja permintaan special ini membuat pihak penyelenggara acara premiere di Rusia kebingungan. Bagaimana mungkin mereka boleh mengundang Anna Chapman, mata-mata Rusia yang ditangkap di Amerika Syarikat dan dipulangkan ke negeri asalnya, kerana saat ini keberadaan Anna masih dirahsiakan pihak kerajaan Rusia.

Yang dapat dilakukan Igor Dubinin hanyalah mengirim undangan ke alamat terakhir Anna Chapman yang juga dikenal dengan jolokan 'Agen 90-60-90' kerana bentuk tubuhnya yang seksi. Khabarnya Anna saat ini sedang menjalani interogasi di sebuah lokasi yang dirahsiakan kerajaan Rusia.

0 comments: