it's about anything. too many to mention...

Sunday, July 25, 2010

aurel sedia gantikan krisdayanti


Dalam waktu dekat, Aurel, anak pertama pasangan Anang Hermansyah dan Krisdayanti akan mengeluarkan single. Namun, kerana masih baru terjun ke dunia nyanyian, dalam membawakan lagu tersebut, gadis yang bernama lengkap Titania Aurelie Nurhermansyah ini, akan berduet dengan ayahandanya, Anang.

Berita menggembirakan ini disampaikan Anang ketika beliau mendampingi Aurel menyanyikan lagu Timang-Timang di atas pentas spektakuler Indonesian Idol 2010 di Central Park, Jakarta, Jumaat malam lalu.

Bagi Aurel, ini adalah pengalaman pertama tampil menyanyi di atas pentas besar. Walau hanya menyanyikan lagu Timang-timang pada bahagian reffrain saja, hal ini membuktikan peribahasa buah jatuh tak jauh dari pohonnya. Anak kepada diva pop, Krisdayanti dan pemuzik handal Anang Hermansyah ini, juga akhirnya sedia mengikuti jejak kedua2 orang tuanya yang berkecimpung di dunia muzik.

0 comments: