it's about anything. too many to mention...

Monday, July 26, 2010

dikecam, krisdayanti minta maaf


Memberi kucupan mesra kepada kekasihnya memang bukan hal yang aneh, namun berbeza jika hal itu dilakukan di depan umum. Mungkin kerana itulah kejadian Raul Lemos yang mencium bibir Krisdayanti di depan wartawan menjadi kecaman masyarakat luas. Tentang itu, KD juga mengungkapkan rasa bersalahnya.

Di dalam sidang akhbar tersebut, KD didampingi juga oleh peguamnya, Elsie Lontoh. Dan di situ, KD juga menyebutkan yang dirinya tidak bermaksud untuk menyakiti atau memancing respon masyarakat.

Krisdayanti juga mengaku yang dirinya bukanlah manusia sempurna yang luput dari kesalahan. Kerananya, semoga pintu maaf boleh dibukakan baginya.

0 comments: