Tingkah liar Lindsay Lohan tidak juga berubah saat dia berada di penjara. Khabarnya pelakon ini diisolasi setelah mengganggu tahanan lain dengan kelakuan histerianya. Pelakon berusia 24 tahun ini menangis tersedu-sedu dan membuat tahanan lain tak boleh tidur.
Seorang saksi mata, Cheryl Presser mengungkapkan pada Daily Mirror, mengatakan yang bilik tahanannya dingin dan berbau. ACnya dinyalakan dengan temperature sangat dingin sampai-sampai orang-orang susah tidur kerana kedinginan. Lalu seorang teman tahanannya melihat Lohan berbaring, menangis dan menutupi wajahnya dengan tangan. Ratapannya membuat semua orang di tahanan tak boleh tidur.
Menurut sumber ini, kerana ramai tahanan pembunuh, Lohan hanya dibolehkan keluar dari tahanan selama sejam, dan sisanya dia ditahan di bilik. Saat hari Jumaat, Lohan tetap berada di bilik tahanan. Sementara semua tahanan mendapat waktu dua jam untuk keluar di halaman atau ruang TV. Dan bintang MEANS GIRL ini jadi histeria, dia menangis, berteriak dan akhirnya dimasukkan dalam bilik isolasi.


0 comments:
Post a Comment