Ketika Krisdayanti masih melayari biduk rumah tangga bersama Anang Hermansyah, panggilan Mimi dan Pipi merupakan panggilan sayang antara kedua2nya. Namun, setelah bercerai, rupanya panggilan itu mula pudar.
Saat Krisdayanti mengadakan sidang akhbar di pejabat Elsie Lontoh di Jl HOS Cokroaminoto 34, Menteng, Jakpus, wanita yang sekarang dekat dengan Raul Lemos itu menolak dipanggil Mimi.
Kejadian itu bermula saat wartawan meminta sesi foto pada KD selepas sidang akhbar selesai dilangsungkan. Beberapa wartawan memanggil KD dengan sebutan 'Mimi'. Dan KD menolak dipanggil dengan panggilan itu.


0 comments:
Post a Comment