it's about anything. too many to mention...

Friday, July 9, 2010

lamar krisdayanti, raul harus izin yuni shara


Hubungan asmara penyanyi Krisdayanti dan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos, nampaknya akan berlanjutan ke pelamin. Ini kerana tersiar berita bahawa adik kandung Yuni Shara itu bakal dilamar oleh Raul pada bulan Oktober akan datang yang bertepatan dengan ulang tahun ibu KD.

Namun saat disahkan terus kepada bekas isteri Anang Hermansyah tersebut, dirinya tidak ingin menggembar-gemburkan berita ini kerana kasihan dengan keadaan bondanya. Menurutnya, jika waktunya tiba, beliau berjanji akan mengundang wartawan di hari bahagianya.

Sikap KD yang terbuka dengan wartawan itu lain dari kebiasaannya beberapa waktu lalu. Beliau lalu menjelaskan bahawa saat ini Raul sudah rasmi menyandang status duda. Jadinya, jalan mereka untuk bersatu semakin terbuka. KD juga berharap Raul dapat berbicara dengan Yuni sebagai orang yang dipilih keluarga.

Lebih lanjut, janda dua anak ini menambahkan bahwa Raul tidak akan melamarnya di tahun ini. Pasalnya Raul sendiri masih sibuk di Timor Leste.

0 comments: