Lindsay dimasukkan ke dalam penjara khusus perempuan di bahagian selatan Los Angeles, setelah menyerahkan diri ke mahkamah kerana dia dinyatakan bersalah melanggar ketentuan hukuman percubaan atas dua dakwaan memiliki kokain dan memandu dalam keadaan mabuk pada 2007.
Pelakon Mean Girls itu, yang kariernya yang menjanjikan telah kandas selama dua tahun perangainya berpesta, kelihatan lelah dan tegang selama penampilan singkat di bilik perbicaraan yang padat pengunjung di Beverly Hills, tempat dia ditahan dan dibawa ke tahanan.
Beberapa helikoter milik stesyen TV berita tempatan memperlihatkan tayangan video langsung mengenai perjalanan Lindsay, satu kereta tanpa plat nombor dengan jendela gelap, ke Century Regional Detention Facility, yang memiliki 2, 200 tempat tidur.
Dia akan mengenakan pakaian seragam standard berwarna oren, menyerahkan semua perhiasan, dan telefon bimbit serta komputer dilarang dibawa.
Waktu Lindsay di balik jeriji besi dikira akan dikurangkan sebanyak tiga minggu berdasarkan program berperilaku baik dan penjara yang kelebihan penghuni.
Hakim Beverly Hills Marsha Revel, semalam memerintahkan Lindsay harus dibebaskan dari tahanan rumah atau pemantauan elektronik.
Lindsay yang dalam seminggu kebelakangan secara sukarela tinggal di instalasi ketenangan di Los Angeles, akan menjalani hukumannya sendirian di sel dengan ukuran sembilan meter persegi, demi keselamatannya sendiri.
Hakim Marsha Revel menjatuhkan hukuman penjara atas Lindsay, setelah memutuskan bahawa pelakon tersebut bolos dari beberapa kali kelas pendidikan alkohol yang dijatuhkan pada 2007.


0 comments:
Post a Comment