Yang pasti, selama menetap di penjara Lindsay bakal dilarang merokok, tak boleh mengenakan make-up, atau memakai hair extension. Layak jika sebelum ini Lindsay dikhabarkan belajar meditasi agar beliau dapat tenang selama dalam penjara nanti.
Menurut Splash News, Lindsay Lohan akan menjalani hukumannya di penjara Lynnwood, California, tempat Paris Hilton juga pernah menjalani hukuman. Peraturan di penjara ini dengan tegas melarang penghuninya merokok mahupun menggunakan nicotine patch atau mengunyah permen karet. Selama di sana, Lindsay juga tak akan diizinkan memakai hair extension atau make-up.
Untungnya, selama menjalani hukumannya nanti Lindsay Lohan tak harus berkongsi sel dengan tahanan lain. Selain itu, sel yang akan dihuni Lindsay juga akan dilengkapi dengan shower agar beliau tak harus mandi bersama tahanan lain. Mungkin kerana sedar bahawa beliau akan mengalami seksaan berat ini pula Lindsay lantas belajar meditasi agar beliau boleh lebih tenteram selama dalam penjara nanti.
0 comments:
Post a Comment