it's about anything. too many to mention...

Friday, July 9, 2010

lindsay lohan terbukti pakai ubat terlarang


Sudah sepatutnya Lindsay Lohan menetap di tahanan, jika menilik segala perangai yang dilakukannya. Menurut ujian yang dijalani pelakon ini, Lohan positif menggunakan lima ubat2an yang dilarang digunakannya. Pelanggaran yang dilakukannya itu membuahkan 90 hari hukuman penjara.

Khabarnya Lohan menggunakan ubat-ubatan itu untuk ubat sakit gigi, untuk ubat sakit perut juga anti depression Zoloft dan Trazodone. Menurut laporan media AS, dia sudah sejak lama menggunakan ubat ini.

Lohan juga meminum tiga ubat Dilaudid, Ambien, dan Adderall, di mana menurut doktor akan sangat berbahaya jika diminum secara bersamaan. Dilaudid disebut sebagai ubat yang mirip dengan morfin, ambien digunakan untuk mengatasi sukar tidur sedang adderall biasanya digunakan untuk orang-orang yang cenderung dengan masalah hiperaktif atau biasanya digunakan siswa agar dapat berjaga semalaman untuk belajar atau berpesta. Lohan juga melanggar larangan minum minuman keras dengan minum cocktail.

Lohan sendiri tak mahu mengakui yang dia melanggar larangan mahkamah. Bintang penuh masalah ini membela diri dan menyebut dirinya sudah melakukan apa yang diperintahkan mahkamah. Dia juga menyebut sudah berlaku positif. Lohan berdalih yang bat-ubat yang digunakannya itu diberikan atas saranan doktor.

0 comments: