it's about anything. too many to mention...

Monday, July 26, 2010

lumut sebabkan kematian brittany murphy dan suami?


Sungguh tragik nasib Brittany Murphy dan suaminya, Simon Monjack. Setelah kematian Murphy beberapa bulan kemudian suaminya menyusul dengan sebab kematian yang sama. Setelah petugas kesihatan melakukan penyiasatan, lumut yang tumbuh di rumah pasangan ini dikatakan sebagai penyebab masalah kesihatan pernafasan mereka dan membawa kematian.

Murphy jatuh pengsan di bilik mandi di rumahnya, Hollywood Hills, pada Disember lalu dan mati sesaat setelah itu. Dalam laporan kematiannya dikatakan pelakon ini mati akibat komplikasi pneumonia dan pengambilan ubat. Lima bulan setelah itu suaminya juga mati dengan kes sama. Bahagian Kesihatan California sekarang melakukan penyiasatan di rumah pasangan ini.

Ibu Murphy, Sharon juga tinggal di rumah itu. Menurut TMZ, ibu mendiang pelakon ini menolak diperiksa oleh petugas kesihatan setelah kematian anaknya, namun sekarang dia menerima survey yang dilakukan petugas. Murphy dan Monjack berkahwin di tahun 2007, kedua2nya mati akibat pneumonia dan anemia.


0 comments: