Pemeriksaan terhadap suspek Luna Maya masih terus berlangsung dan pihak Polis mahupun pengurus Luna masih belum memberikan keterangan rasmi tentang bagaimana sebenarnya rentetan proses pemeriksaan yang dijalani oleh kekasih Ariel.
Luna diperiksa sejak sekira pukul 10 malam, kelmarin di Gedung PTIK (Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisian). Namun, proses penyiasatan tersebut sempat dialihkan ke Polda Metro Jaya pada pukul 2.40 petang, semalam.
Dan akhirnya, lebih kurang pukul 3.30 petang, Luna kembali dibawa ke Bareskrim Mabes Polri, dengan ditemani artis Imey Liem dan kumpulan peguamnya. Tak ada satu pun wartawan yang mengetahui kedatangan Luna ke Bareskrim tersebut, kerana mereka sempat dikecohkan oleh kedatangan rombongan Vitalia Ramona dan kawan-kawannya yang datang bersamaan dengan kedatangan Luna yang masuk melalui pintu Puslabfor.
0 comments:
Post a Comment