Sebenarnya bukan pertama kalinya Madonna menjadi pengarah. Sebelum ini diva muzik pop ini juga pernah menjabat sebagai pengarah kepada filem berjudul FILTH AND WISDOM. Tapi kali ini berbeza kerana nampaknya filem berjudul W.E ini jadi bukti yang Madonna juga boleh jadi pengarah seperti bekas suaminya, Guy Ritchie.
Menurut Splash News, W.E ini akan terdiri dari dua cerita. Yang pertama akan mengungkap kisah asmara antara Raja Edward VIII dengan seorang wanita asal Amerika bernama Wallis Simpson sementara kisah yang lain akan menyorot kisah romantis antara seorang wanita yang telah bersuami dengan seorang petugas keselamatan asal Rusia.
Tak hanya itu, Lourdes Leon, anak Madonna yang baru berusia 14 tahun khabarnya juga akan mendapat watak dalam filem yang digarap ibunya ini.


0 comments:
Post a Comment