Tempat istirehat terakhir Raja Pop, Michael Jackson baru-baru ini diusik dan dirosak oleh peminatnya. Makamnya di Forest Lawn, Glendale, California diconteng2 dengan menggunakan pen permanent di temboknya.
Saat ini penjaga keselamatan makam masih mencari siapa yang menuliskan tulisan seperti Keep the dream alive dan Miss you sweet angel. Tulisan tersebut ditulis di tempat yang sulit dijangkau untuk dibersihkan seperti di bawah jendela dan di balik semak-semak.
Wakil Forest Lawn mengatakan bahawa dirinya tidak senang dengan aksi seperti ini dan ingin menjaganya lebih ketat dari peminat.
Sebelum ini di awal tahun kakak Michael, Randy berkempen untuk peminat diizinkan dapat mengakses masuk ke kuburan, walaupun pengurus makam menolak kerana rumah pemakaman itu juga merupakan tempat istirehat terakhir legenda showbiz lain seperti Clark Gable dan Jean Harlow.
0 comments:
Post a Comment