New York Daily News mengabarkan bahawa salah seorang penghuni penjara, Debra Sickels menyatakan bahawa 'bilik istimewa' akan disiapkan untuk Lohan. Bilik ini dilengkapi dengan tempat tidur yang biasa ada di hospital, TV, juga sebuah almari yang akan digunakan untuk menyimpan baju-baju dan pakaian kaki baru Lindsay. Bahkan, Lindsay juga membayar lebih untuk makanan istimewa, baju-baju baru, penjaga wanita, dan saluran telefon peribadi.
Namun, seorang jurucakap Sheriff Department menyangkal berita ini dan menyatakan bahawa Lindsay akan diperlakukan sama seperti tahanan lain berkes sama. Benarkah? Bahkan Lindsay sudah menuai protes ketika keluarganya diizinkan menjenguk dil uar jam yang sudah ditentukan.


0 comments:
Post a Comment