it's about anything. too many to mention...

Monday, July 26, 2010

scarlett johansson ambil watak yang ditolak jolie


Scarlett Johansson khabarnya bakal segera membintangi filem berbau fiksyen ilmiah arahan pengarah Alfonso Cuaron. Menariknya, watak ini awalnya ditawarkan pada Angelina Jolie namun dikhabarkan pelakon ini menolak tawaran itu kerana beliau harus berkongsi posisi watak utama dengan pelakon lain.

Walau belum boleh dipastikan namun Splash News memberitakan yang Scarlett yang terakhir berlakon dalam filem IRON MAN 2 telah setuju secara lisan untuk berlakon dalam filem ini. Yang lebih menarik lagi, dalam filem berjudul GRAVITY ini Scarlett Johansson bakal bertemu Robert Downey Jr lagi seperti dalam IRON MAN 2.

Walaupun belum banyak detail yang beredar namun diperkirakan filem ini akan mengangkat kisah pengembaraan seorang astronaut wanita yang berusaha untuk kembali ke bumi setelah sebuah misi luar angkasa yang berakhir dengan kekacauan. Seperti kebanyakan filem yang beredar kebelakangan ini, GRAVITY ini juga akan dibuat dalam format 3D.

0 comments: