it's about anything. too many to mention...

Friday, July 16, 2010

tidak kerjasama, luna maya ditahan


Kumpulan penyiasat Mabes Polri, semalam, akhirnya menahan artis Luna Maya kerana dianggap tidak kerjasama selama menjalani pemeriksaan.

Sebelum ini, artis Luna Maya dan Cut Tari dikenakan wajib lapor oleh polis berkaitan statusnya sebagai suspek dugaan sebagai pelakon dalam video porno bersama Nazriel Irham alias Ariel.

Kabid Penum Kombes Marwoto mengatakan bahawa Cut Tari dan Luna dilarang pergi ke luar negara atau ke luar dari kota Jakarta, namun bila waktu wajib lapornya (hari apa saja) ke Mabes Polri tidak disebutkan.

Badan Reserse dan Kriminal (Bareskrim) Polri sebelum ini telah menetapkan artis Luna Maya dan Cut Tari sebagai suspek tapi statusnya tidak dnyatakan.

Polri sebelum ini juga sudah menetapkan suspek Ariel dan telah menahan di Rumah Tahanan (Rutan) Bareskrim Mabes Polri sejak bulan lalu.

Cut Tari dan Luna Maya bahkan telah menyampaikan permohonan maafnya kepada umum pada Khamis lalu, namun hal tersebut tidak mempengaruhi penyiasatan.

Polri sebelum ini juga telah melakukan pemeriksaan identifikasi fizikal untuk memastikan pelakon dalam video lucah tersebut.

Identifikasi fizikal dengan menggunakan anatomi forensik yang merupakan salah satu cara untuk mengungkap kes melalui investigasi kejahatan secara ilmiah (scientific crime investigation).

Penyiasat melakukan peninjauan struktur anatomi ketiga2 artis iaitu Ariel, Luna Maya dan Cut Tari dan dibandingkan dengan ciri-ciri tubuh yang tertera pada rakaman video lucah tersebut.

0 comments: