Angelina Jolie akan berlakon di filem baru adaptasi mini siri filem Britain UNFORGIVEN. Pelakon berusia 35 tahun ini sekarang sedang membintangi filem mata-mata SALT.
Menurut Deadline.com, GK Films saat ini sedang mengembangkan filem adaptasi ini. Naskah filem akan ditulis penulis skrip terkenal Christopher McQuarrie. Filem ini mengisahkan tentang seorang bekas pembunuh yang berusaha mengatasi kehidupannya di luar penjara.
Ini bukan pertama kalinya Jolie membintangi filem produksi GK Films. Filem barunya, THE TOURIST - di mana dia berlakon bersama Johnny Depp - juga hasil kerja sama dengan syarikat ini. GK juga akan mengembangkan filem tentang Bosnia yang skripnya akan ditulis pelakon ini, sekaligus pengarahnya.


0 comments:
Post a Comment